assalamualaikum :)
hari ni nak share tip sikit pasal kecantikan kulit kita...kita kena jaga kesihatan dan kebersihan kulit kita agar kekal cantik dan sihat <3
- jauhkan tangan korang daripada muka . tangan biasanya mengandungi kuman yang akan memindahkan kuman tersebut pada muka korang .
- amalkan memakan buah-buahan dan sayuran hijau untuk mendapatkan kulit yang sihat . mulakan dengan memakan lobak merah , ubi kentang dan brokoli .
- jangan biarkan tahi lalat atau tanda lahir yang pelik tidak diperiksa . segeralah berjumpa dengan doktor jika ada perubahan warna , tekstur atau jika ia menyebabkan kamu gatal , sakit atau berkuping .
- setiap kali keluar rumah , pastikan korang memakai losen pelindung cahaya , walaupun semasa cuaca sejuk . cahaya matahari akan menyebabkan kulit korang rosak dan kering .
- sentiasa bertenang dan dapatkan rehat yang cukup . tekanan dan keletihan boleh menyebabkan kulit kamu kelihatan kusam.
- gunakan sabun anti-bakteria hanya ketika perlu . ia akan mengurangkan keasidan kulit yang berfungsi melindungi kulit daripada jangkitan .
- jangan menyental kulit korang . urutlah dengan lembut.
- pastikan kulit korang sentiasa bersih dan lembab .
- tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari supaya kulit korang sentiasa segar .
- pakai pakaian yang diperbuat daripada fiber asli seperti kapas , linen dan sutera . kain-kain ini memudahkan kulit korang bernafas .
- pastikan kulit korang sentiasa lembab terutamanya selepas mandi .
- makan kekacang seperti badam dan kacang hazel . vitamin E yang terdapat dalam kekacang itu membantu korang mendapatkan kulit yang cantik.
- minum lapan gelas air putih sehari untuk mengelakkan kulit korang daripada dehidrasi .
- elak daripada penggunaan bahan kimia yang berlebihan dalam produk kesihatan kulit korang . ambil masa untuk mengetahui produk yang sesuai dengan kulit korang .
da abis baca kan?? click sini !! click sini
No comments:
Post a Comment
orang yang last comment kat blog nye,
orang tu yang paling cute <3