8 tips cara efektif meminta maaf



Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya kan ?? tip ni korang boleh guna bila korang bersungguh untuk meminta maaf…tapi mesti ikhlas…jangan semata-mata benda lain…

1.telefon sebagai penghubung
©       Alat yang paling sesuai untuk meminta maaf dan terus menuju sasaran.Sama ada berminat mendengar ataupun tak, yang pasti korang da lakukan apa yang patut.Masalah jarak dan masa antara korang dengan dia pastilah akan dimengerti.
2.surat penjelasan
©       Surat sangat efektif jika korang terlalu nervous dan menghadapi kesulitan untuk meminta maaf secara langsung. Coretan luahan hati korang pastilah akan membuat dia terharu . Bukan senang nak coretkan apa yang terbuku dalam hati , kerana rahsia dalam hati tiada siapa yang tahu.Baca dengan berulang kali . Pastikan surat ni benar-benar menyampaikan maksud dan tujuan asal korang tau..
3.teknologi canggih
©       E-mail bukan hanya suka-suka ,  malah ketika korang  tiada  jalan penyelesaian  ,  ada baiknya korang hantar pesanan melalui email ataupun laman sosial . Pesanan voicemail sedikit sebanyak akan membuat dia terkejut dan mendengar kata-kata maaf tersebut haruslah mengandungi maksud yang ingin disampaikan.
4. kiriman kad dan hadiah
©       Bunga  , kad , makanan kegemaran dan berbagai lagi adalah salah satu cara sebagai pengantara diri.Pilihlah kad atau hadiah yang mempunyai maksud tersirat ,  dan sesuaikan dengan kesalahan yang dilakukan. Lagi bermakna jika korang selitkan sedikit catatan tulisan tangan.
5. bersemuka adalah cara terbaik..
©       Beranikan diri untuk bersemuka .Berfikiran positif adalah lebih baik ,  jangan terlalu memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku sebelum korang sendiri jumpa dia. Hilangkan perasaan gentar dengan bersikap rendah diri dan banyakkan berfikir dalam mengatur ayat.
6. BFF sebagai pengantara
©       Jika ianya melibatkan hal-hal personal , ada baiknya korang kongsi masalah tersebut dengan BFF. Berkongsi berdua lebih baik daripada memendam rasa sendiri.Pandangan dan idea yang bernas pastilah membuka pintu jalan penyelesaian korang.
7.  Ganti rugi
©       Katakanlah korang secara tidak sengaja telah memecahkan barang kesayangan dia , apa tindakan korang ?? firstly, korang harus mengakui dan bertanggungjawab di atas kerosakan yang berlaku. Jikan ianya melibatkan kerosakan hati dan perasaan kecewa , bagaimana pula harus lakukan ? Mint maaf dan menggantikan barang tersebut dengan yang baru adalah lebih baik.
8. berikan masa
©       Kadangkala apabila marah sudah mula menguasai diri, akan meletusnya perang dunia. Ada eloknya korang biarkan dia bersendirian buat seketika waktu .Jika marahnya sudah sejuk , pandailah dia mencari korang nanti . Apa pun alasannya , fikirkan dengan mendalam sebab dan tindakan yang dilakukan .Ucapan maaf biarlah ikhlas dari hati bukannya terpaksa untuk melakukannya.

Click here untuk nak tanya pape.

No comments:

Post a Comment

orang yang last comment kat blog nye,
orang tu yang paling cute <3